<body>







































Selamat datang ke blog Pulaubin Girls.


Informasi-informasi tentang Pulau Ubin


Bagaimana hendak ke Pulau Ubin dan berapakah harga untuk ke sana?
Kamu boleh menaiki sebuah bumboat dari Changi Point Ferry Terminal yang berdekatan dengan Changi Village Hawker Centre. Harga menaiki bumboat ialah $2.50 seorang.

Aktiviti-aktiviti di Pulau Ubin
1) Berbasikal di sekeliling pulau
2) Memancing
3) Berkhemah di tapak perkhemahan
4) Menikmati makanan-makanan seafood
5) Perjalanan ke lurus pulau itu
6) Mengkaji burung
7) Bintang merenung
8) Mengambil gambar-gambar alam semula jadi

Thursday, 10 November 2011

Karangan Fitriyani

Karangan Deskriptif

Nama: Fitriyani Shukmah
Kelas: 306

Tajuk: Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.


Pagi-pagi lagi, sekitar jam tujuh pagi pada tarikh 8 November 2011, para pelajar Melayu Menengah Tiga Ekspres sudah pun berkumpul di kantin sekolah. Setelah para guru mengambil kehadiran pelajar-pelajar yang sudah hadir, saya dan rakan-rakan dibahagikan menjadi empat kumpulan yang sudah diatur kelmarin saat taklimat. Saya berasa sangat berghairah pada pagi itu dan saya yakin rakan-rakan saya berasa begitu juga. Walaupun begitu, ada sedikit rasa kurang yakin kerana ragu tidak boleh beradaptasi di sana.

Kami juga telah diberikan amaran agar tidak memalukan diri sendiri dan menjaga baik nama sekolah. Guru-guru juga memperingati kami akan tujuan kami ke Pulau Ubin iaitu untuk mengenal pasti dan mencari tahu lebih lanjut dan mendalam tentang budaya Melayu dari segi hidangannya ke permainan tradisional yang kini jarang diambil tahu dan juga diamalkan.

Setelah bas-bas sekolah sudah sampai di tempat meletak kereta, ada sesetengah daripada kami berlari menuju salah satu bas tersebut. Perjalanan kami lumayan jauh dari Tampines ke Changi. Tetapi bukan saja kami dapat menaiki bas sekolah besama-sama, kami juga berkesempatan untuk menaiki bot ke Pulau Ubin yang mengambil masa sekitar 10 minit. Cukup untuk pendatang yang pertama kali ke sana.

Sesampainya kami ke jeti Changi, kami diberikan taklimat sekali lagi oleh penganjurnya dan diberikan $5 untuk setiap pasangan menaiki bot. Dalam perjalanan ke Pulau Ubin, kami sibuk mengambil gambar pemandangan di sana tetapi sayangnya, kami tidak dibenarkan untuk berdiri. Sepuluh minit kemudian, kami sudah pun menjejaki tanah Pulau Ubin. Sebuah van kecil menghantar kami ke pedalaman kampung. Para guru membahagikan keempat-empat kumpulan menjadi tiga kumpulan dan langsung beranjak ke aktiviti pertama.

Dalam kegiatan “Food-tasting” atau difahami sebagai aktiviti dimana kami dikehendaki untuk mengenal pasti tumbuh-tumbuhan dan pelbagai limau yang ada di Pulau Ubin seperti daun pucuk ubi dan daun pandan, limau kasturi dan juga limau nipis. Para pelajar juga diharuskan untuk mencuba memasak kuih dadar. Ketika melihat ahlinya memasak kuih dadar dengan tangan mereka yang lentur dan sudah  pasti terbiasa memasak bermacam-macam kuih, kami beranggapan bahawa memasak kuih dadar adalah sesuatu yang mudah tetapi setelah kami mencubanya, apa yang kami fikirkan sama sekali tidak berpihak kepada kami. Sangat susah.

Kemudian, kami berpindah ke aktiviti lainnya iaitu Lukisan Batik. Sebelum bermula melukis batik, kami diajarkan dahulu bagaimana untuk menggunakan canting untuk menyedok cairan lilin dan pergerakkan tangan kami. Kegiatan itu diadakan di hadapan rumah kampung, di bawah tenda yang telah didirikan. Kami diwajibkan untuk berlatih dahulu sebelum bermula dan setelah itu, kami memilih satu templat untuk dilukis. Walaupun sukar untuk kami, kami tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk setiap aktiviti yang kami lakukan. Kami juga tidak ingin kalah semangat dari guru yang mewakili kumpulan kami, Cikgu Nuraishah.

Aktiviti ketiga dilakukan selepas kami berisirahat tengah hari. Kali ini, kegiatannya dilakukan di rumah kampung berwarna biru milik Nek Hitam yang berhampiran dengan rumah kampung dimana beg-beg kami dititipkan. Di sana, kami bermain beraneka permainan tradisional. Diantaranya adalah permainan congkak, gasing, tarik upih dan tapak kuda. Permainan congkak sangat mudah dimengerti kerana pada zaman sekarang, anak watan masih memainkan permainan itu. Tetapi sebaliknya untuk permainan gasing, tarik upih dan tapak kuda. Justeru, kami berpeluang untuk bermain kesemua permainan itu kecuali apak kuda kerana hari sudah pun hujan dan tidak memungkinkan kami untuk bermain.

Ketika kami bermain tarik upih di perkarangan rumah Nek Hitam, peristiwa menarik telah terjadi dimana ahli kumpulan saya, Syahmi, terjatuh ketika bermain tarik upih. Mungkin mereka terlalu girang dan bersemangat sehingga mereka yang menarik upih itu, Fairuz dan Daiyanah, tidak sengaja melepaskan genggaman mereka dari upih dan akhirnya upih itu terkoyak sedikit. Bukan sahaja upih itu yang terkoyak, tetapi juga seluar Syahmi. Dia tergolek-golek di tanah dan kami semuanya tertawa melihat gelagat rakan-rakan kami.

Setelah itu, kami dibawa kembali ke tenda dan bersiap-siap untuk bersurai. Jelas saja banyak pengajaran yang saya dan rakan-rakan dapatkan dalam pengalaman kami ke Pulau Ubin. Diantaranya, kami mempelajari banyak tentang budaya Melayu seperti permainan tradisional dan juga tumbuh-tumbuhan untuk perubatan, masakan dan wangi-wangian. Kami juga jauh dari teknologi canggih dan seharusnya kami belajar untuk bersyukur atas apa yang kami dapatkan di Singapura. Pada keseluruhannya, perjalanan ini memberi saya banyak manfaat.

Karangan Ekspositori

NAMA   : Nur Nabilah (14)
KELAS : 307
TAJUK : Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.

Mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang yang ada sekarang bermakna menjaga suasana di Pulau Ubin dengan betul dan baik. Dengan itu, Pulau Ubin boleh dikunjungi orang ramai. Pulau Ubin bukan sahaja boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari luar negara tetapi warga Singapura juga boleh ke sana. Keadaan yang bersih, sepi dan tenang dan sesiapa yang mahu menghilangkan tekanan boleh ke Pulau Ubin. Oleh itu, jika Pulau Ubin dialami pelbagai pertukaran, ramai orang tidak akan ke sana kerana keindahan Pulau Ubin akan terjejas. Jadi ada beberapa sebab-sebab mengapa Pulau Ubin harus dikekalkan pada keadaan asalnya oleh kita.

Sebab pertama kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin ialah supaya generasi-generasi orang muda tahu bagaimana rupa atau kehidupan kampung zaman dahulu. Orang-orang generasi muda ini sekarang terutama sekali dari Singapura dilahirkan dan dibesarkan di sini. Mereka tidak tahu bagaimana kehidupan di kampung kerana Singapura adalah negara yang moden dan tidak mempunyai kampung-kampung, Mereka tidak pernah ke sana dan juga tidak pernah tinggal di kampung. Bagaimanapun, jika mereka mahu mengetahui tentang kehidupan di kampung, mereka boleh ke Pulau Ubin dan mereka juga boleh mempelajari tentang kampung-kampung di Singapura pada zaman dahulu. Mereka juga dapat memahami orang-orang tinggal di kampung. Orang-orang generasi muda dapat mengalami kehidupan di kampung. Ini boleh membuat mereka sedar bahawa Singapura juga ada kampung-kampung walaupun Singapura adalah kampung yang moden. Contohnya ialah orang-orang generasi muda dapat mengikuti aktiviti-aktiviti di Pulau Ubin yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat supaya mereka dapat mempelajari lebih tentang kampung-kampung yang masih ada di Singapura. Ia penting untuk mengekalkan keadaan asal Singapura kerana remaja-remaja atau kanak-kanak pada masa kini dapat mengetahui lebih tentang perkampungan.

Sebab kedua ialah pelancong-pelancong dapat melalui pengalaman yang baru. Ini untuk orang-orang yang mahu tahu lebih tentang kampung di Pulau Ubin.  Pelancong-pelancong juga boleh ke Pulau Ubin untuk membuat aktiviti-aktiviti yang menarik dan juga menikmati keindahan Pulau Ubin dan alam semulajadinya. Pelancong-pelancong dari luar negara yang tidak pernah tinggal di kampung boleh ke Pulau Ubin dan seperti apa yang disebutkan di isi pertama. Mereka juga boleh menikmati aktiviti-aktiviti yang lasak atau yang menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti seperti ini ialah berbasikal sekeliling Pulau Ubin sambil melihat kecantikan, bersnorkel, mengambil gambar-gambar, memancing, berkhemah di situ sekeluarga, menikmati makanan-makanan laut dan lain-lain lagi. Mereka juga boleh melihat flora dan fauna yang tidak dapat dilihat di Singapura kerana penuh dengan bangunan-bagunan. Mereka juga boleh melihat perkebunan di kampung yang telah dibuat oleh penduduk-penduduk kampung. Mereka akan melalui pengalaman yang baru kerana mereka dapat berkebun yang sering tidak kelihatan di Singapura kerana tanah Singapura terhad. Jadi, jika kita menjaga Pulau Ubin dengan baik supaya ia tidak berubah, ramai akan ke sana kerana mereka mahu mengalami perkara yang baru.

Sebab seterusnya ialah pelancong-pelancong dapat mempelajari sejarah Singapura pada masa dahulu. Bukan sahaja Singapura ada sejarah, malahan, Pulau Ubin juga ada sejarahnya sendiri. Sesiapa yang minat pada sejarah boleh ke Pulau Ubin. Pelancong-pelancong yang mengunjungi Pulau Ubin dapat tahu lebih tentang Pulau Ubin kerana Pulau Ubin mempunyai banyak sejarah yang ramai tidak tahu. Mereka boleh dapat tahu bagaimana nama Pulau Ubin didapatkan. Mereka juga dapat tahu ada beberapa kampung di Pulau Ubin seperti Kampung Melayu, Kampung Sungei Durian dan Kampung Surau. Mereka dapat mempelajari suasana kampung di Singapura pada zaman dahulu. Ini untuk orang-orang muda yang mahu merasai suasana bagaimana ibu bapa atau nenek datuk tinggal pada zaman dahulu. Jika Pulau Ubin kita mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin, ramai akan mengunjungi Pulau Ubin untuk mempelajari lebih tentang sejarah Singapura.

Sebab yang terakhir ialah Pulau Ubin adalah tempat destinasi pelancongan. Pelancong yang datang ke Singapura untuk bercuti boleh juga ke Pulau Ubin bukan sahaja ke tempat mewah di Singapura. Pelancong-pelancong yang mahu mencari ketenangan, mereka boleh ke Pulau Ubin kerana ia adalah tempat yang sunyi dan sepi dan jauh dari kekecohan tempat-tempat bandar. Mereka yang sedang mencari ketenangan boleh membuat pelbagai aktiviti yang boleh melepaskan stres dari kerja atau masalah lain. Aktiviti yang boleh dibuat ialah memancing, berbasikal dan lain-lain lagi. Orang-orang akan mengunjungi Pulau Ubin jika ia dijaga dengan betul.

Pada keseluruhannya, sebab-sebab inilah yang menunjukkan bahawa kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin. Kita harus pastikan tiada benda di Pulau Ubin diubah supaya ramai orang akan mengunjung Pulau Ubin. Ini akan memanfaatkan Pulau Ubin kerana pelancong-pelancong ke sana untuk menikmati kecantikan Pulau Ubin. Ramai tidak akan mengunjungi Pulau Ubin jika ia diubah terlalu banyak. Mereka mahu melihat alam semulajadi yang sering tidak dapat dilihat di Singapura.


Karangan Naratif

Nama: Nur Athirah Bte Nazzuin (11)
Kelas: 307

Tajuk: Tuliskan sebuah cerita tentang seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampung dan kini, telah mencapai kejayaan dalam kehidupan.


  Pada cuaca yang masih panas terik, ada seorang bapa dan anaknya duduk bersama-sama di sebuah balcony sebelah rumah besar mereka.

  “Ayah! Ceritakan Aqil macam mana Ayah dapat menjadi orang kaya tetapi Ayah cuma seorang kampung dahulu,” kata seorang budak kecil yang wajahny berseri-seri.

  “Ayahkan sudah mengisahkan Aqil cerita itu minggu lepas? Tetapi baiklah, saya akan ceritakan lagi,” kata bapanya yang bernama Hafiz sambil dia senyum kepada anaknya.

  Sepuluh tahun dahulu, Hafiz dan ibunya adalah orang yang paling miskin di seluruh kampung di Pulau Ubin. Kampung yang mereka tinggal sangat kecil daripada rumah-rumah lain. Kayu-kayu yang digunakan untuk kampung tidak diatur dengan betul. Apabila hujan, kadang-kadang ada kebocoran dalam kampung itu. Hidup mereka semakin susah semenjak bapa Hafiz meninggal dunia dua bulan lalu. Mereka sangat bergantu dengan wang simpanan ibu bapanya untuk hidup. Itu bukan sahaja masalah yang mereka didapati. Tiga minggu dahulu, doktor kampung mereka, Dr. Hussein telah memberitahu Hafiz yang ibunya ada penyakit leukemia dan tidak ada cukup masa untuk hidup kalau tidak dilewat ke hospital Singapura secepat mungkin. Mereka tidak ada banyak wang lagi dan hidup mereka sangat susah. Hafiz juga terpaksa meminjamkan wang dari lintah darat. Kerja-kerja di Pulau Ubin sangat terhad dan kajinya sangat kecil. Nasib baiknya, Hafiz dapat cari kerja di luar bandar, yang di Singapura. Dia telah kerja seperti seorang pelayan pejabat di sebuah banguan tinggi. Walaupun dia perpangkat rendah, bayarannya lebih daripada di ubin. Mereka berterima kasih yang Hafiz dapat kerja yang stabil.

  Hafiz memakai sepasang baju putih kemeja dan seluar hitam. Dia sudah sedia untuk kari pertama dia kerja sana. Dia cepat makan sarapan yang sudah siap di meja, salam ibunya dan terus berangkat ke penjabatnya. Dia terpaksa jalan kaki dalam hutan ke feri terminal kerena tidak ada cukup wang untuk menaiki teksi. Dia cepat menaiki feri ke Singapura itu.

  Apabila di penjabat, Hafiz mendapat yang rakan kerjannya di sana melihat dia dengan kejijitan. Mereka tidak suka Hafiz walaupun dia tidak laku kesalahan dengan mereka. Meskinpun mereka tidak hormat Hafiz, dia masih juga hormati mereka dengan baik. Ada juga satu kejadian yang apabila dia hendak ambil air di air dispenser, ada seorang lekaki menolaknya dengan niatnya untuk melukakannya. Air untuk terjatuh di Hafiz dan bajunya sekarang basah. Lelaki itu tidak meminta maaf dan terus jalan sahaja. Tiba-tiba, ada seorang wanita itu juga mendekai Hafiz.

  Dia memberikannya tuala muka and kata, “Saya meminta maaf untuk Cik Yusof yang telah basakan baju awak. Saya adalah Mia, seorang penyambut tetamu di penjabat ini. Kalau awak ada apa-apa masalah, cari sayalah.”

  “Wanita ini sangat baik daripada orang-orang lain di sini,” dia berkata di hatinya.

  “Terima kasih, Cik Mia,” dia mengucapkan terimka kasih sambil dia senyum.

  Pada masa itu juga, ada sekumplan peminjam haram telah datang ke kampung Hafiz. Dia masih belum ada di rumah lagi, Cuma ada ibunja duduk di kerusi meja makanan. Mereka telah ganas membuka pintu kampung itu menbuat hati ibu Hafiz terlompat dengan kejutan. Mereka terus masuk tampa izin. Semua empat orang itu kelihatan dengan badan besah dan setiap orang itu dipenuhi cacah.

  “Oi, orang tua! Mana duit kami yang anak kamu telah meminjam?” tanya ketua dalam kumpulan itu dengan suara yang lantang.

  “S-Saya tidak ada wang sekarang, encik,” jawap ibu Hafiz dengan ketakutan.

  “Jangan tipu! Mesti awak ada benda berharga dalam kampung kecil ini. Korang semua cari wang atau benda emas di sini. Cepat!” ketua kumpulan itu meninta.

  Yang tiga orang mendatangi dengan ketua itu terus lakukan apa yang mereka disuruh. Mereka camapk benda-benda di situ dan sana. Ada seorang di kumpulan itu telah menjumpa sesuatu rantai emas di almari wanita itu.

  “Jangan ambil rantai itu! Itu satu-satu hadiah awah suami saya telah memberikan kepada saya!” dia menjerit sambil menghulurkan tangannya untuk ambil rantainya.

  Ketua kumpulan itu menolak dia dan kepalanya teratuk di tepi meja. Dia terjatuh di lantai dengan mukanya yang berdarah. Kumpulan itu terus megelakkan diri mereka dan lari keluar. Mereka meninggalkan warga tua itu kesendirian.

  Apabila Hafiz sudah berpulang dari kerja, wajah mukanya menjadi pucat cengkung. Dia sangat terperanjat melihat tubuh ibunya tidak bergerak dan mukanya berdarah. Dia cepat-cepat meletakkan begnya dan mengankatkan tubuh badan ibunya.

  Dia berlari dengan laju ke rumah kampung Dr. Hussein. Doktor itu secepat mungkin merawat luka kepala ibu Hafiz. Dia terus bersedar dan membuka matanya perlahan-lahan. Hafiz mengucap berterima kasih kepada doktor dan terus mempeluk ibunya. Selepas itu, dia memberitahu apa sudah terjadi petang tadi.

  “Ibu, saya berjanji yang saya akan berkerja keras untuk mendapat wang bayak untuk bayaran utang itu dan rawatan operasi untuk penjakit ibu,” di berjanji kepada ibunya sambil menangis.

  Selepas kejadian itu, Hafiz telah berfokuz dengan kerjanya bersungguh-sungguh. Dengan kerja kerasnya, dia telah dipangkatkan menjadi penolong pengurus kepada pengetua syarikat penjabat itu.

  Dia sekarang adacukup duit untuk membayar lintah darat dan mereka tidak akan menganggukan mereka lagi. Hafiz juga ada wang untuk operasi penyakit ibuny. Dia selalu berdoa yang ibunya akan selemat selepas operasinya. Doanya juga telah dijawap dan operasi ibunya berjaya. Dia sekarang sihat dan tidak jatuh sakit lagi.

  Berapa tahun kemudian, Hafiz sekarang adalah Ketua Pegawai Eksekutif yang berjaya pada tiga syarikat. Dia juga telah berkahwin dengan rakan kerjannya, Mia. Mereka juga ada anak lelaki bernama Aqil yang comel. Mereka sekarang tinggal dalam rumah yang mewah di Singapura dengan ibu Hafiz. Dia sudah berjaya dalam kehidupannya.

Tuesday, 8 November 2011

Diari Pulau Ubin

 Pada jam lapan pagi, 8 November 2011, kami sekumpulan termasuk menengah tiga Ekspres yang lain telah membuat lawatan ke Pulau Ubin. Ini merupakan pengalaman yang sangat memuaskan . Setibanya kami di jeti Pulau Ubin, sebuah van sedang menanti ketibaan kami. Kami menaiki van itu bersama Cikgu NurAishah lalu kami dibawa ke suatu tempat di mana kami semua berkumpul untuk menerima arahan selanjutnya. Kemudian kami dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Kumpulan kami dianggotai oleh Nur Nadiah, Fatin Joffri, Fitriyani Shukmah, Nabilah Bajuri dan Athirah Nazzuin.



ulam-ulam yang terdapat di Pulau Ubin


 
Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah ''Food Tasting''. Kami diajar oleh dua orang fasilitator cara-cara untuk menyiapkan kuih dadar. Setiap anggota berpeluang untuk mencuba. Ia bukan lah suatu tugas yang mudah, malahan kami perlu banyak bersabar dan cekal ketika memasak demi mendapat kuih dadar yang berbentuk bulat. Setelah itu, kami mempelajari tentang berbagai daun yang mempunyai beberapa fungsi. Antara daun yang kami pelajari adalah, daun pucuk ubi, daun pandan, daun limau purut dan daun pisang. Di antara fungsi daun pucuk ubi adalah, ia boleh digunakan untuk mengubati kecederaan yang kering dan juga makanan.  Daun pandan pula digunakan dalam masakan seperti Nasi Lemak untuk aroma. Ia juga boleh diletakkan dalam almari atau di celah-celah rumah untuk meghalau lipas, cicak dan sebagainya. Kegunaan daun limau purut pula digunakan ubat untuk mencuci penyakit kelemumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut. Ia juga boleh digosok pada seluruh badan untuk menghilangkan bau badan. Daun pisang direndam dengan air dingin juga boleh mengubati kulit yang terbakar dari sengatan matahari. Sifat ubat yang dimiliki daun pisang, berkhasiat untuk meredakan gigitan serangga beracun, sengatan lebah, gigitan laba-laba, dan ruam. 

Aktiviti kedua adalah lukisan batik atau 'Batik Painting'. Aktiviti ini telah mengajar kami cara-cara mewarnai Batik. Pada pendapat kami, untuk mendapatkan hasil yang cantik amat sukar kecuali jika anda mahir dalam lukisan. Canting adalah alat yang dipakai untuk memindahkan atau mengambil cairan yang khas digunakan untuk membuat lukisan batik. Canting tradisional untuk membatik adalah alat kecil yang terbuat dari tembaga dan bambu sebagai pegangannya.



canting yang digunakan untuk melukis batik
 



beranda kampung yang luas
Aktiviti yang ketiga adalah 'Kampung Tour' atau lawatan Kampung dan permainan tradisional. Kini, kami lebih mengenali apa itu atap, serambi, tiang dan kolong. Atap digunakan untuk melindungi rumah dari pancaran matahari dan air hujan. Serambi digunakan sebagai tempat bersembang di depan ruang tamu oleh si pemilik rumah. Tiang pula digunakan untuk meninggikan lantai rumah agar rumah dilindungi banjir dan juga binatang buas. Di bawah rumah terdapat kolong untuk menyimpan anak-anak ayam agar mudah diternak. Setelah itu, kami bermain permainan congkak dan gasing.

permainan tradisional: congkak



Permainan congkak dan gasing adalah antara permainan kegemaran masyarakat melayu pada dulu kala. Kedua-dua permainan ini sangat unik dan jarang kita lihat di bandar metropolitan ini. Permainan congkak hanya boleh dimainkan secara berpasangan malahan gasing pula boleh dimain secara berkumpulan. Congkak boleh dimain menggunakan guli, getah dan biji asam jawa. 


Gasing selalunya dimainkan oleh kaum lelaki tetapi kaum wanita juga boleh mencubanya. Malah, ada juga wanita yang lebih handal daripada lelaki. Kami diberi peluang untuk mencuba permainan ini. Pada mulanya, kami berasa kekok dan sukar. Setelah berlatih sebanyak beberapa kali, baru lah kami berjaya. Ternyata, permainan ini perlu banyak latihan.

permainan gasing.

Renungan-renungan ahli kumpulan.

Renungan Nadiah, 307: Pengalaman saya mengenai lawatan Pulau Ubin ini telah membuat saya lebih memahami tentang budaya Melayu. Mungkin pada era yang moden ini, tidak ramai belia yang ingin ambil tahu tentang permainan tradisional orang Melayu, makanan Melayu atau kehidupan di kampung. Setelah saya memasuki salah satu kampung yang ada di sana, baru lah saya mengerti bagaimana orang-orang yang menetap di sana menyesuaikan diri mereka dengan keadaan yang tidak begitu selesa berbanding dengan kehidupan di bandar. Ini juga telah memberi saya kesedaran bahawa kami yang hidup dengan serba kelebihan harus bersyukur dengan apa yang ada. Kami juga telah diajak bermain permainan congkak dan gasing. Congkak adalah satu permainan waktu dahulu dan pada pendapat saya ia amat menyeronokkan setelah beberapa kali bermain dengan sahabat saya. Kami mempelajari taktik-taktik permainan congkak untuk mempermudahkan kami untuk memenangi permainan tersebut. Setelah itu, saya menyaksikan rakan sekelas saya yang begitu asyik melemparkan gasing ke lantai. Saya juga ingin mencuba lalu giliran saya pula bermain gasing. Namun itu adalah kali pertama saya bermain gasing dah tentunya saya tidak berjaya untuk mendapatkan gasing itu untuk berputar dengan sempurna di atas lantai. Tetapi tidak mengapa, yang pentingnya adalah pengalaman saya bermain permainan-permainan tradisional itu. Yang terakhir adalah aktiviti memasak kuih dadar. Saya buat pertama kalinya memasak kuih dadar dan saya rasa sangat berpuas hati dengan aktiviti memasak ini kerana dari situ saya dapat melihat gelagat-gelagat rakan-rakan saya memasak buat pertama kali. Sungguh menyeronokkan. Secara keseluruhan, lawatan ke Pulau Ubin ini sangat bermanfaat dan menyeronokkan buat kami semua dan pada masa ini juga kami dapat mengeratkan lagi hubungan kami dengan rakan kelas yang lain dan juga guru-guru.

Renungan Fatin, 307: Pada pendapat saya, secara keseluruhan, program ini banyak mengajar saya tentang budaya melayu dengan lebih mendalam. Contohnya, saya lebih memahami tentang kehidupan masyarakat melayu pada dulu kala. Seringkali, saya hanya mendengar cerita tetapi melalui program ini, saya dapat merasakan segalanya yang diceritakan. Program sebegini dapat memberi peluang kepada remaja zaman sekarang untuk merasakan
suasana kampung yang tidak dapat kita lihat di bandar metropolitan. Selain suasana dan kehidupan masyarakat melayu di kampung, remaja seperti saya juga dapat peluang untuk mencuba permainan tradisional yang telah pupus dalam masyarakat melayu pada zaman kini seperti gasing dan congkak. Percubaan pertama saya melukis batik juga telah banyak mengajar saya tentang seni orang melayu yang sememangnya unik. Ini menyedarkan saya bahawa masyarakat melayu pada zaman dulu juga mempunyai bakat yang dapat dibanggakan. Selain itu, saya mempelajari tentang kegunaan dan berlainan jenis limau dan ulam yang terdapat di sana. Ini menambahkan lagi pengetahuan saya tentang kegunaan bahan-bahan yang terdapat di hutan. Selain mengenali bahan-bahan masakan yang terdapat di hutan, saya juga berpeluang untuk mempelajari nama-nama bahagian rumah kampung. sebelum ini, saya tidak mengetahui bahagian-bahagian yang terdapat di rumah kampung. Yang ternyata, program ini telah banyak membantu saya mempelajari dan memahami masyarakat melayu pada zaman dulu.

Renungan Nabilah, 307: Pulau Ubin ialah tempat yang menarik. Ini adalah kali pertama saya ke Pulau Ubin dan saya berasa ghairah untuk ke sana. Lawatan saya ke Pulau Ubin telah memberi saya faedah tentang kehidupan orang Melayu di kampung-kampung ini. Saya pernah ke kampung apabila saya masih kecil lagi tetapi saya tidak ingat bagaimana kampung itu kelihatan. Jadi, saya berpeluang untuk melihat kampung-kampung yang masih ada di Singapura. Saya dapat mempelajari makanan-makanan yang orang kampung suka makan seperti ulam-ulam. Ada pelbagai ulam-ulam yang saya tidak tahu. Saya juga mempelajari untuk membuat lukisan batik. Jika hendak buat lukisan batik, saya harus ada tangan yang stabil supaya lukisan itu kemas dan cantik. Bagaimanapun, pengalaman ini sangat menarik untuk saya. Di Pulau Ubin itu juga, saya ke sebuah rumah kampung. Di situ, saya mengetahui bahagian-bahagian rumah kampung dan kegunaannya. Saya juga dapat bermain dengan permainan-permainan tradisional. Saya tidak tahu bagaimana hendak bermain congkang, tetapi, dengan melihat rakan-rakan saya bermain congkang, saya dapat faham sedikit bagaimana hendak bermain itu. Saya juga dapat bermain dengan gasing tetapi, malangnya, saya tidak dapat membuat gasing itu pusing. Di kampung juga, keluarga-keluarga itu sangat akrab dan itu telah menyedari saya bahawa keluarga zaman sekarang tidak seakrab seperti di zaman dahulu. Selepas lawatan itu, saya hendak membawa keluarga saya ke Pulau Ubin supaya kami boleh menikmati keindahan Pulau Ubin dan juga membuat aktiviti-aktiviti lain di situ.

Renungan Fitriyani, 306: Pada hari Selasa, 8 November 2011, saya dan teman-teman telah ke Pulau Ubin untuk memberi lawatan. Terdapat banyak sekali permainan dan kegiatan disana yang sangat menyeronokkan dan tentu saja mengghairahkan. Permainan-permainan yang terdapat di rumah kampung adalah permainan tradisional seperti congkak dan gasing. Saya yang dahulunya kurang mengerti bagaimana caranya untuk memainkan gasing, kini sedikit sebanyak mengerti dan mengetahui cara untuk memainkannya. Ini sekaligus menambah pengetahuan dan pengalaman saya. Saya juga dapat melihat dan merasakan suasana kampung yang sudah pasti dirasakan oleh nenek moyang saya pada zaman dahulu kala. Saya telahpun mencuba pelbagai kegiatan yang sehingga saat ini masih dilestarikan seperti melukis batik dan "food-tasting" atau difahami sebagai cara-cara untuk mengenali pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar kampung Pulau Ubin dan juga mengesankan kegunaannya dari segi makanan hingga ke khasiat kesihatannya. Saya juga diberikan peluang untuk memasak kuih dadar yang mempunyai tingkat kesulitan yang tinggi kerana ianya begitu sukar untuk berbentuk bulat seperti yang saya inginkan. Tentu saja saya telah mendapat banyak pelajaran dan pengetahuan yang mungkin saja tidak diketahui oleh orang lain. Salah satunya, saya dapat mempelajari tentang budaya dan kuih-muih tradisional Melayu dan juga tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk masakan ataupun perubatan. Sejujurnya, saya tidak pernah memegang gasing sebelumnya tetapi semenjak ke kampung Pulau Ubin, saya tidak hanya dapat memegang gasing tetapi saya juga berpeluang untuk memainkannya walaupun saya gagal untuk memusingkan gasing saya. Selain daripada itu, saya juga belajar untuk lebih berdikari dengan tidak bergantung kepada teman-teman terdekat saya dan juga sambungan internet yang lemah di Pulau Ubin. Pada keseluruhannya, saya telah mendapatkan banyak manfaat daripada pengalaman ini dan tiada satupun kemudaratan yang saya dapatkan.

Renungan Athirah, 307: Perjalanan saya di Pulau Ubin telah banyak mengajar saya tentang budaya Melayu. Saya dapat lebih mengetahui tentang masakan, permainan, kampung rumah melayu. Saya juga dapat membuat kuih dadar yang saya tidak pernah buat. Bagaimanapun, kuih saya tidak secantik macam kuih yang kawan-kawan saya kerana ia tidak kelihatan cantik. Walaupun keadaan di kampung susah dan permainannya juga terhad, itu telah membuat keluarga zaman dahulu lebih rapat daripada keluarga moden sekarang. Ini membuat saya sedar bahawa kita tidak perlu teknologi moden untuk membuat saya gembira. Saya harap pelajar-pelajar sekarang tidak meletakkan kepentingan diri mereka dahulu daripada keluarga sendiri. Dari perjalanan itu, saya lebih minat dan hendak tahu lebih dengan lukisan batik dan masakan kampung. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada fasilitator-fasilitator di sana and juga kepada Fitriyani kerana dia telah mengajar saya bagaimana hendak bermain congkak. Saya tidak akan lupa lawatan saya di Pulau Ubin yang sangat menarik. Mungkin saya ingin ke sana lagi pada masa hadapan.

Chatbox


My Photo
Name:
Location: Singapore

Anggota-anggota kumpulan
Nadiah (307)
Fitriyani (306)
Fatin (307)
Athirah (307)
Nabilah (307)

Credits


Laman web Pulau Ubin
Pulau Ubin Wiki
Wild Singapore

Links


Kumpulan Satu A
Kumpulan Ciptaan Alam
Kumpulan Pulaubin
Kumpulan Ubin-Ubin
Kumpulan Kampung Singapura
Kumpulan Hizliqtra
Kumpulan Kuih Dadar Sedap
Kumpulan Pulau Boys
Kumpulan Keindahan Pulau Ubin
Kumpulan fmsjfdefg


Pulau Ubin bermaksud 'Pulau Granit'. Batu batan di situ digunakan untuk membuat jubin lantai pada zaman dahulu. Dahulu, ia dipanggil Jubin selepas itu, disingkatkan menjadi Ubin.

Usaha pemerintah mempertahankan Pulau Ubin adalah untuk tidak merobohkan kampung-kampung yang terdapat di sana agar penduduk Singapura dapat merasakan suasana kampung yang telah pupus di bandar yang serba canggih.