Renungan-renungan ahli kumpulan.
Renungan Nadiah, 307: Pengalaman saya mengenai lawatan Pulau Ubin ini telah membuat saya lebih memahami tentang budaya Melayu. Mungkin pada era yang moden ini, tidak ramai belia yang ingin ambil tahu tentang permainan tradisional orang Melayu, makanan Melayu atau kehidupan di kampung. Setelah saya memasuki salah satu kampung yang ada di sana, baru lah saya mengerti bagaimana orang-orang yang menetap di sana menyesuaikan diri mereka dengan keadaan yang tidak begitu selesa berbanding dengan kehidupan di bandar. Ini juga telah memberi saya kesedaran bahawa kami yang hidup dengan serba kelebihan harus bersyukur dengan apa yang ada. Kami juga telah diajak bermain permainan congkak dan gasing. Congkak adalah satu permainan waktu dahulu dan pada pendapat saya ia amat menyeronokkan setelah beberapa kali bermain dengan sahabat saya. Kami mempelajari taktik-taktik permainan congkak untuk mempermudahkan kami untuk memenangi permainan tersebut. Setelah itu, saya menyaksikan rakan sekelas saya yang begitu asyik melemparkan gasing ke lantai. Saya juga ingin mencuba lalu giliran saya pula bermain gasing. Namun itu adalah kali pertama saya bermain gasing dah tentunya saya tidak berjaya untuk mendapatkan gasing itu untuk berputar dengan sempurna di atas lantai. Tetapi tidak mengapa, yang pentingnya adalah pengalaman saya bermain permainan-permainan tradisional itu. Yang terakhir adalah aktiviti memasak kuih dadar. Saya buat pertama kalinya memasak kuih dadar dan saya rasa sangat berpuas hati dengan aktiviti memasak ini kerana dari situ saya dapat melihat gelagat-gelagat rakan-rakan saya memasak buat pertama kali. Sungguh menyeronokkan. Secara keseluruhan, lawatan ke Pulau Ubin ini sangat bermanfaat dan menyeronokkan buat kami semua dan pada masa ini juga kami dapat mengeratkan lagi hubungan kami dengan rakan kelas yang lain dan juga guru-guru.
Renungan Fatin, 307: Pada pendapat saya, secara keseluruhan, program ini banyak mengajar saya tentang budaya melayu dengan lebih mendalam. Contohnya, saya lebih memahami tentang kehidupan masyarakat melayu pada dulu kala. Seringkali, saya hanya mendengar cerita tetapi melalui program ini, saya dapat merasakan segalanya yang diceritakan. Program sebegini dapat memberi peluang kepada remaja zaman sekarang untuk merasakan
suasana kampung yang tidak dapat kita lihat di bandar metropolitan. Selain suasana dan kehidupan masyarakat melayu di kampung, remaja seperti saya juga dapat peluang untuk mencuba permainan tradisional yang telah pupus dalam masyarakat melayu pada zaman kini seperti gasing dan congkak. Percubaan pertama saya melukis batik juga telah banyak mengajar saya tentang seni orang melayu yang sememangnya unik. Ini menyedarkan saya bahawa masyarakat melayu pada zaman dulu juga mempunyai bakat yang dapat dibanggakan. Selain itu, saya mempelajari tentang kegunaan dan berlainan jenis limau dan ulam yang terdapat di sana. Ini menambahkan lagi pengetahuan saya tentang kegunaan bahan-bahan yang terdapat di hutan. Selain mengenali bahan-bahan masakan yang terdapat di hutan, saya juga berpeluang untuk mempelajari nama-nama bahagian rumah kampung. sebelum ini, saya tidak mengetahui bahagian-bahagian yang terdapat di rumah kampung. Yang ternyata, program ini telah banyak membantu saya mempelajari dan memahami masyarakat melayu pada zaman dulu.
Renungan Nabilah, 307: Pulau Ubin ialah tempat yang menarik. Ini adalah kali pertama saya ke Pulau Ubin dan saya berasa ghairah untuk ke sana. Lawatan saya ke Pulau Ubin telah memberi saya faedah tentang kehidupan orang Melayu di kampung-kampung ini. Saya pernah ke kampung apabila saya masih kecil lagi tetapi saya tidak ingat bagaimana kampung itu kelihatan. Jadi, saya berpeluang untuk melihat kampung-kampung yang masih ada di Singapura. Saya dapat mempelajari makanan-makanan yang orang kampung suka makan seperti ulam-ulam. Ada pelbagai ulam-ulam yang saya tidak tahu. Saya juga mempelajari untuk membuat lukisan batik. Jika hendak buat lukisan batik, saya harus ada tangan yang stabil supaya lukisan itu kemas dan cantik. Bagaimanapun, pengalaman ini sangat menarik untuk saya. Di Pulau Ubin itu juga, saya ke sebuah rumah kampung. Di situ, saya mengetahui bahagian-bahagian rumah kampung dan kegunaannya. Saya juga dapat bermain dengan permainan-permainan tradisional. Saya tidak tahu bagaimana hendak bermain congkang, tetapi, dengan melihat rakan-rakan saya bermain congkang, saya dapat faham sedikit bagaimana hendak bermain itu. Saya juga dapat bermain dengan gasing tetapi, malangnya, saya tidak dapat membuat gasing itu pusing. Di kampung juga, keluarga-keluarga itu sangat akrab dan itu telah menyedari saya bahawa keluarga zaman sekarang tidak seakrab seperti di zaman dahulu. Selepas lawatan itu, saya hendak membawa keluarga saya ke Pulau Ubin supaya kami boleh menikmati keindahan Pulau Ubin dan juga membuat aktiviti-aktiviti lain di situ.
Renungan Fitriyani, 306: Pada hari Selasa, 8 November 2011, saya dan teman-teman telah ke Pulau Ubin untuk memberi lawatan. Terdapat banyak sekali permainan dan kegiatan disana yang sangat menyeronokkan dan tentu saja mengghairahkan. Permainan-permainan yang terdapat di rumah kampung adalah permainan tradisional seperti congkak dan gasing. Saya yang dahulunya kurang mengerti bagaimana caranya untuk memainkan gasing, kini sedikit sebanyak mengerti dan mengetahui cara untuk memainkannya. Ini sekaligus menambah pengetahuan dan pengalaman saya. Saya juga dapat melihat dan merasakan suasana kampung yang sudah pasti dirasakan oleh nenek moyang saya pada zaman dahulu kala. Saya telahpun mencuba pelbagai kegiatan yang sehingga saat ini masih dilestarikan seperti melukis batik dan "food-tasting" atau difahami sebagai cara-cara untuk mengenali pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar kampung Pulau Ubin dan juga mengesankan kegunaannya dari segi makanan hingga ke khasiat kesihatannya. Saya juga diberikan peluang untuk memasak kuih dadar yang mempunyai tingkat kesulitan yang tinggi kerana ianya begitu sukar untuk berbentuk bulat seperti yang saya inginkan. Tentu saja saya telah mendapat banyak pelajaran dan pengetahuan yang mungkin saja tidak diketahui oleh orang lain. Salah satunya, saya dapat mempelajari tentang budaya dan kuih-muih tradisional Melayu dan juga tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk masakan ataupun perubatan. Sejujurnya, saya tidak pernah memegang gasing sebelumnya tetapi semenjak ke kampung Pulau Ubin, saya tidak hanya dapat memegang gasing tetapi saya juga berpeluang untuk memainkannya walaupun saya gagal untuk memusingkan gasing saya. Selain daripada itu, saya juga belajar untuk lebih berdikari dengan tidak bergantung kepada teman-teman terdekat saya dan juga sambungan internet yang lemah di Pulau Ubin. Pada keseluruhannya, saya telah mendapatkan banyak manfaat daripada pengalaman ini dan tiada satupun kemudaratan yang saya dapatkan.
Renungan Athirah, 307: Perjalanan saya di Pulau Ubin telah banyak mengajar saya tentang budaya Melayu. Saya dapat lebih mengetahui tentang masakan, permainan, kampung rumah melayu. Saya juga dapat membuat kuih dadar yang saya tidak pernah buat. Bagaimanapun, kuih saya tidak secantik macam kuih yang kawan-kawan saya kerana ia tidak kelihatan cantik. Walaupun keadaan di kampung susah dan permainannya juga terhad, itu telah membuat keluarga zaman dahulu lebih rapat daripada keluarga moden sekarang. Ini membuat saya sedar bahawa kita tidak perlu teknologi moden untuk membuat saya gembira. Saya harap pelajar-pelajar sekarang tidak meletakkan kepentingan diri mereka dahulu daripada keluarga sendiri. Dari perjalanan itu, saya lebih minat dan hendak tahu lebih dengan lukisan batik dan masakan kampung. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada fasilitator-fasilitator di sana and juga kepada Fitriyani kerana dia telah mengajar saya bagaimana hendak bermain congkak. Saya tidak akan lupa lawatan saya di Pulau Ubin yang sangat menarik. Mungkin saya ingin ke sana lagi pada masa hadapan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home