Diari Pulau Ubin
Pada jam lapan pagi, 8 November 2011, kami sekumpulan termasuk menengah tiga Ekspres yang lain telah membuat lawatan ke Pulau Ubin. Ini merupakan pengalaman yang sangat memuaskan . Setibanya kami di jeti Pulau Ubin, sebuah van sedang menanti ketibaan kami. Kami menaiki van itu bersama Cikgu NurAishah lalu kami dibawa ke suatu tempat di mana kami semua berkumpul untuk menerima arahan selanjutnya. Kemudian kami dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Kumpulan kami dianggotai oleh Nur Nadiah, Fatin Joffri, Fitriyani Shukmah, Nabilah Bajuri dan Athirah Nazzuin.
![]() |
ulam-ulam yang terdapat di Pulau Ubin |
![]() |
Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah ''Food Tasting''. Kami diajar oleh dua orang fasilitator cara-cara untuk menyiapkan kuih dadar. Setiap anggota berpeluang untuk mencuba. Ia bukan lah suatu tugas yang mudah, malahan kami perlu banyak bersabar dan cekal ketika memasak demi mendapat kuih dadar yang berbentuk bulat. Setelah itu, kami mempelajari tentang berbagai daun yang mempunyai beberapa fungsi. Antara daun yang kami pelajari adalah, daun pucuk ubi, daun pandan, daun limau purut dan daun pisang. Di antara fungsi daun pucuk ubi adalah, ia boleh digunakan untuk mengubati kecederaan yang kering dan juga makanan. Daun pandan pula digunakan dalam masakan seperti Nasi Lemak untuk aroma. Ia juga boleh diletakkan dalam almari atau di celah-celah rumah untuk meghalau lipas, cicak dan sebagainya. Kegunaan daun limau purut pula digunakan ubat untuk mencuci penyakit kelemumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut. Ia juga boleh digosok pada seluruh badan untuk menghilangkan bau badan. Daun pisang direndam dengan air dingin juga boleh mengubati kulit yang terbakar dari sengatan matahari. Sifat ubat yang dimiliki daun pisang, berkhasiat untuk meredakan gigitan serangga beracun, sengatan lebah, gigitan laba-laba, dan ruam.
Aktiviti kedua adalah lukisan batik atau 'Batik Painting'. Aktiviti ini telah mengajar kami cara-cara mewarnai Batik. Pada pendapat kami, untuk mendapatkan hasil yang cantik amat sukar kecuali jika anda mahir dalam lukisan. Canting adalah alat yang dipakai untuk memindahkan atau mengambil cairan yang khas digunakan untuk membuat lukisan batik. Canting tradisional untuk membatik adalah alat kecil yang terbuat dari tembaga dan bambu sebagai pegangannya.
canting yang digunakan untuk melukis batik |
![]() |
beranda kampung yang luas |
![]() |
permainan tradisional: congkak |
Permainan congkak dan gasing adalah antara permainan kegemaran masyarakat melayu pada dulu kala. Kedua-dua permainan ini sangat unik dan jarang kita lihat di bandar metropolitan ini. Permainan congkak hanya boleh dimainkan secara berpasangan malahan gasing pula boleh dimain secara berkumpulan. Congkak boleh dimain menggunakan guli, getah dan biji asam jawa. Gasing selalunya dimainkan oleh kaum lelaki tetapi kaum wanita juga boleh mencubanya. Malah, ada juga wanita yang lebih handal daripada lelaki. Kami diberi peluang untuk mencuba permainan ini. Pada mulanya, kami berasa kekok dan sukar. Setelah berlatih sebanyak beberapa kali, baru lah kami berjaya. Ternyata, permainan ini perlu banyak latihan.
![]() |
permainan gasing. |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home